welcome to my blog saye,hehe....(n_n)

Salam perkenalan....blog ambe dok comel secomel blog orang lain....ringkas sahajer.....huhu

Sunday, March 17, 2013

BATU BATA KEHIDUPAN

*Keluarga dan masyarakat ISLAM..

Dalam membentuk masyarakat ISLAM YANG HEBAT...


bagaimana permulaannya?


adakah perlu mengtarbiahkan masyarakat dengan ceramah-ceramah agama,,nasihat yang baik dan sebagainya?atau perlu mengumpulkan semua manusia di dunia untuk didengarkan tentang Keindahahan,Kehebatan dan sebagainya tentang ISLAM?begitukah?
_______________________________________________________________________________________


"BENIH POKOK" nya adalah diri anda sendiri...


"yes" anda..yang sedang membaca artikel ini,terfikirkah Anda?


"Seseorang individu berusaha menjadi seorang Muslim yang HEBAT....

lalu berjumpa dengan pasangan yang mempunyai AKHLAK,IBADAH dan sebagainya yang juga HEBAT...

dan kedua-duanya berusaha membina "KELUARGA YANG HEBAT" dengan mengamalkan Al-Quran & As-Sunnah di dalam kehidupan mereka...

dan akhir sekali....

melahirkan zuriat yang HEBAT...lalu menjadi GENERASI Y yang HEBAT di mata ISLAM..."


itulah formula untuk kita membina "batu-bata" dalam mengukuhkan Masyarakat ISLAM dan membawa Ad-Deen di mata DUNIA...


Kita melihat GENERASI-GENERASI YANG HEBAT di zaman Kenabian,sahabat-sahabat,tabi'i,tokoh-tokoh ISLAM dan sebagainya...

bagaimanakah masyarakat di sekeliling,keluarga dan mereka sendiri boleh menjadi seorang  yang "BERKUALITI serta mempunyai KUANTITI yang banyak dan HEBAT"..?Bagaimanakah Islam itu boleh disebarkan di serata dunia seperti di China,India dan Indonesia setelah kewafatan Baginda?bagaimanakah?Terfikirkah kita wahai Hamba Allah?
___________________________________________________________________________________


Itulah hebat kalimah "TARBIAH" dari seorang Kekasih Allah iaitu Baginda Rasulullah S.A.W  sendiri kepada orang di sekelilingnya

Kita lihat bagaimana sahabat-sahabat baginda berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang BERIMAN & BERTAQWA lalu membina sebuah "Keluarga" yang HEBAT serta melahirkan GENERASI Y yang HEBAT....dan proses ini berterusan lalu membina "Masyarakat-masyarakat yang banyak KUANTITI serta hebat KUALITInya...


Tokoh seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,kita lihat sejarah ringkas beliau...Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang raja yang nakal ketika kecil lalu bagaimana beliau boleh menjadi  seorang Sultan yang amat HEBAT dari segi AKHLAK,IBADAH,STRATEGI dan sebagainya serta diberi gelaran AL-Fateh?

Beliau ketika kecil lagi sudah ditarbiah oleh Bapanya dalam berperang,bersenjata lalu diberi gelaran seorang raja ketika berumur 13 tahun namun "ditarbiah" serta diuji oleh Bapanya lalu beliau menjadi orang yang HEBAT serta menjadi seorang yang membebaskan "Kota Konstantinopel" dalam menjadi raja berumur 21 tahun..


Kita lihat beliau hebat kerana dididik oleh Bapanya yang HEBAT?Adakah kita sedar dan terbuka "Mata HATI dan MINDA"


Begitu juga tokoh Salahudden Al-Ayubi...
_________________________________________________________________________________________


Sedarkah kita?


"mereka-mereka" ini bukan "dibangunkan" dengan sendiri malah mereka HEBAT kerana dididik oleh Bapa yang HEBAT,KELUARGA YG HEBAT,SAHABAT-SAHABAT HEBAT dan MASYARAKAT YG HEBAT...


*Mereka mempunyai "BATU-BATA" yang HEBAT dalam membina MASYARAKAT ISLAM YANG HEBAT
*Mereka mempunyai "ANAK BENIH " yang BERKUALITI lalu dijaga menjadi "POKOK YANG SEGAR  dan BERKUALITI" dan "buah-buahnya" diberi/dimakan oleh orang di sekelilingnya dan menjadi generasi yang seterusnya...


itulah umpama bagi mereka yang ingin membina MASYARAKAT ISLAM YANG HEBAT DAN BERKUALITI..


Kesimpulannya..saya akhiri artikel ini denga kata-kata yang HEBAT...


"Untuk membina sebuah NEGARA YG HEBAT...perlu "HEBATKAN" penduduk di NEGERI-NEGERI terdahulu...dan jika mahu membina NEGERI-NEGERI yg HEBAT...perlu "HEBATKAN" penduduk di setiap DAERAH-DAERAH terdahulu...dan jika mahu membina pula "DAERAH YG HEBAT"...perlu "HEBATKAN" setiap Keluarga di Daerah terdahulu...dan jika mahu membina "KELUARGA YANG HEBAT"...anda perlu...


berusaha menjadi seorang individu dalam membina "BATU-BATA KEHIDUPAN"

Semuanya bermula di sini..(diri kamu)"


jadi bersediakah anda?unutk menjadi salah-satu "BATU-BATA" tersebut?

wa'allahualam..


TASBIH | TAHMID | TASBIH...

Fikirkan...dan berusaha lah untuk menjadi seorang yang "TERBAIk"


~MUSAFIR RAWAN