welcome to my blog saye,hehe....(n_n)
Wednesday, January 26, 2011
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!
Sunday, January 16, 2011
Saturday, January 1, 2011
Adik, Burger dan Abang..~...(n_n)
"mana abang nie...." bisik hati kecilnya
"abang.....abang...." jerit amir...
mak terdengar suara si kecil tersebut lalu mendapatkannya.
"amir cari siapa????"soal mak.
"Abang maner mak???" soalan mak dijawab dengan soalan dari si kecil balik.
"Eh...kan abang x de....abang kan gi kem....."jawab mak
Amir terdiam..wajahnya terus berubah.Ada reaksi ingin menangis terpamer pada wajahnya.
"Amir nak bagi bende kat abang..."ujarnya sayu. Mak cuba mengubah topic.
"Mari mak simpan beg amir"ujar mak sambil ingin mencapai beg sekolah si kecil tersebut. Namun begitu dengan serta-merta ditarik oleh amir dan dipeluknya.
"eh...kenapa..bagilah mak simpan beg tu.."ujar mak lembut.
Amir diam tanpa menjawab sambil memeluk erat beg sekolahnya.
Lama dia mendiamkan diri... apabila di ajak makan pun dia idak mahu. Akhirnya mak bertanya lagi
"Kenapa duk peluk beg tu..ada apa dalam tu...bagi mak tengok.."ujar mak
Dengan perlahan amir mengeluarkan sebungkus burger dan dipegangnya erat.
"Amir nak bagi kat abang....Amir sayang abang...amir nak jumpa Abang..." air mata mula mengalir...sebak hati seorang ibu melihat kerinduan anaknya itu.
jawab mak tenang menahan sayu supaya si kecil tidak sedih...
Namun jawapan itu tidak dapat menahan si kecil dari mengalirkan air mata... Amir serta merta menangis....agaknya terkilan dan sedih kerana niat untuk melihat abang gembira dengan burger yang dibeli nya dan niat untuk makan bersama abang tersayang hilang begitu sahaja.
"Ayah...jomlah gi kat abang....amir nak bagi burger kat abang..."Ayah dan Mak terharu dengan kasih sayang seorang adik kepada abangnya yang dipamerkan oleh anak bongsunya itu.. rasa berbangga dengan ikatan kuat yg terjalin diantara dua beradik itu.
"Ayah nak pergi macammana..abang p kem jauh...."ujar ayah...jawapan ayah dibalas dengan tangisan si kecil tersebut.
3 hari berlalu...akhirnya kem berakhir, abang pulang ke rumah.
Terkejut mak dan ayah kerana burger tersebut masih disimpan si kecil untuk abang kesayangannya