welcome to my blog saye,hehe....(n_n)

Salam perkenalan....blog ambe dok comel secomel blog orang lain....ringkas sahajer.....huhu

Sunday, October 9, 2011

Muslimah

Oh Muslimah..Allah cinta kepada mu..
Rasullullah kasih pada mu..

Oh Muslimah.. Berbahagialah..
Kau telah dilahirkanNya dengan mulia..
Subhanallah..
Tuhan telah berkati..
Wanita yang cukup ilmu, rendah hati..

Oh Muslimah..
Busana mu menutup rapi,
Aurat mu kau lindungi dengan indahnya....
Oh Muslimah.. Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

Subhanallah..
Tuhan telah berkati..
Wanita yang cukup ilmu, rendah hati..

Oh Muslimah..
Memandang mu menyejuk hati..
Menundukkan nafsu hati yang goyah,
Keayuan wanita solehah,
indah peribadi tulus hatinya..

Oh Muslimah..
Kecantikan yang sebenar
pada tutur kata penuh berhikmah..
Mempertahan kehormatan diri mu
Dengan pakaian mentaati Allah..

Oh Muslimah..
Kau masuk ke syurga..
Solat lima waktu dan berpuasa..
Menundukkan pandangan mata mu,
Mentaati suami yang tercinta..

Oh Muslimah..
Busana mu menutup rapi,
Aurat mu kau lindungi dengan indahnya....
Oh Muslimah..

Kau rajin mengaji..
Islam kau jadikan ikutan sejati..

Wednesday, October 5, 2011

Pengalaman itu Mendewasakan kita....(bab 2)

Di situ lah dia cuba cuba biasakan diri di tempat baru dan cuba mncari sahabt baru..tiba2 datang seorang mmanggilnya dari arah belakang...Syabab menoleh dan......melihat seorang yg pernah dikenalinya dahulu..tapi tidak mncul wajahya di dlm fikirannya.Dia sudah lmbat utk berfikir tentang itu kerana org itu sudah ada di hadapannya lalu bertanya..

"Eh Syabab,kau duduk dekat sekolah ni jugak ke?"..

"A'ah,aku sekolah sini sebab tak nak lah sekolah jauh2"..Balasku.

Dia yg seperti ingin berkata sesuatu lalu bertanya..

"kau tak knal aku?Nama aku Asyraf..."

Asyraf?Macam aku kenal tapi..."Syabab bermonolog di dalam hatinya

"ooo..nama aku Syabab,bukan kau sekolah sama ke dengan aku"..."Aku cuba memastikan

"Yup"...mengangguk tanda betul..

Selepas dia memperkenalkan dirinya...kepalaku terus berpusing seperti roda...tiba-tiba aku cuba memaksa kepala aku untuk berfikir dan.."Hah! aku dah ingat..dia la yg jadi pengawas PRS semasa sekolah rendah dulu"..Syabab tersenyum di dalam hatinya

dan selepas berbual kosong dengannya lebih kurang 10 minit..Aku cuba mengajaknya dengan perasaan segan dan malu untuk menemaniku mencari kelas kerana aku ni kan pelajar baru mana tahu semua perkara dekat situ...

dan dia senang hati menolongku mencari...

selepas 5 minit...

"Terima kasih kerana tolong aku Asyraf"
"Sama2..kerja senang jer".."Dia membalas sambil mengukir senyuman"..


Sehari...seminggu...sebulan... masa terus berlalu tanpa menungguku..

aku sudah pandai membiasakan diri dan mempunyai ramai kawan..tidak ku lupa sahabatku iaitu Hamka yg berada di kelas yg lain..walaupun kelas berjauhan ukhwah di antara kami tetap erat umpama "bagai isi dan kuku"..selepas lama berkawan dengannya bnyak ilmu dunia dan akhirat kami berkongsi..kami sama2 nasihat-menasihati dlm ilmu agama..

selepas 2 tahun...

Di tingkatan 3....aku dan dia akan menghadapi PMR tidak lama lagi...jika dilihat di muka mmang tenang tapi disebalik hati rasa seperti orang berlari 10 kilometer tanpa henti.Tapi ku redakannya dengan bermunasabah diri.."Aku boleh lakukan.."

Masanya sudah tiba untuk aku berjuang dalam PMR....

Semasa melihat dewan peperiksaan hati ini seperti ada perasaan gelisah,takut dan resah.Tanpa menghiraukan perasaan negatif itu aku terus buang perasaan itu dgn selawat ke atas Nabi dan memuji Nama-nama Allah.Aku terus masuk di dalam dewan pepriksaan...dgn mengingati kata2 terakhir seorang murabbi.."Usaha tanpa doa adalah orang yang sombong dan Doa tanpa usaha adalah orang berangan-angan kosong dan Usaha campur dengan doa adalah orang yang berjaya"...kata-kata itu menaikkan semangatku untuk mnjawab dengan baik lancar...

selepas 1 minggu peperiksaan...

Pelbagai reaksi yg dapat dilihat di raut muka rakan,teman dan kawan seperjuangan...ada yg gembira,sedih dan kecewa.Aku sudah tawakal dan redha kepada Allah di atas usahaku sendiri...bukannya seperti segelintir rakanku yang mengambil kesempatan untuk meniru dalam peperiksaan...bisik hatiku

Dengan perasaan seperti dalam dilema aku tidak sabar menunggu "result"nya.Hari itu semakin menghampiriku dan hari itu lah yang menentukan hidupku untuk diberi "nafas baru" ke sekolah berasrama penuh.Dalam menunggu hasilnya,sebagai seorang manusia bergelar Muslim aku hanya mampu berdoa kepada-Nya semoga DIA merancang yang terbaik buatku sambil melihat pelbagai ragam kawanku.. dengan ada yg tidak sabar,ada yg "excited" dan sebagainya..

dan...

Selepas letih tapi bersemangat aku melihat terdapat banyak kertas di atas meja guru dan nama2 calon PMR..

"Allahuakhbar"

satu suara terkeluar dari mulutku apabila melihat kertas-kertas tersebut.Banyak kawan-kawanku yang berjaya dengan menghadiakan air mata kegembiraan kepada kedua ibu bapanya. Melihat situasi mereka menyebabkan hati semakin gelisah bercampur resah.Tanpa memikirkan apa yang terjadi kerana hanya berserah dengan rukun iman yang keenam iaitu "Beriman kepada Qada dan Qadar" lalu dengan satu kalimah agung...

"Bismillahirahmanirahim"

Apabila ku melihat hasilnya.. tentera di kertasku bahawa aku hanya mendapat.."1a 4b 3c"..

"Alhamdulillah" secara spontan perkataan itu keluar dari mulutku..

Aku lihat ramai yang berjaya di hadapanku..5A,6A,7A,8A dan 9A.Aku hanya tersenyum melihat mereka tapi fikiranku tiba2 mengeluarkan satu ayat.."Di manakah aku harus pergi dengan hasil sebegini?"

..hati ku menjawab dengan tenang.."Ada hikmahnya Syabab"..aku kembali tenang.

Sahabatku Asyraf datang ke arahku dgn menepuk bahu dan bertanya

"Apa macam "result" kau?baik tak?"

..sambil tersenyum.Ku membalas dgn "Baik jer,dari tak dapat A"..ku berdua ketawa sambil menunjuk hasil masing2..ternyata hasil kami berdua sama.....Dengan itu aku bermuhasabah diriku dengan bermonolog dengan Yang Maha Percipta

"Ya Allah,adakah ini ujian dari-Mu untuk hamba yang lemah sepertiku ini.."

"Adakah ini ada hikmah-Nya atau Allah itu Maha Adil untuk melihat adakah hamba-Nya bersyukur dengan apa yang aku usahakan ini?" Kata-kata itu menusuk di dalam hati ini

"Astaghfirullah".Aku beristighfar di dalam hati

Ya Allah..maafkan hamba ini kerana tidak bersyukur dengan nikmat-Mu ni......

"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."


Apakah yang terjadi denganSyabab,Zamri dan rakan2 yang lain?adakah mereka dapat sekolah baru atau duduk di sekolah sama dalam tingkatan 4?

ikuti sambungan Bab 3..(Akhir)

Tuesday, October 4, 2011

Pengalaman itu Mendewasakan kita....(bab 1)

SALAM...

Alhamdulillah ke hadrat ilahi dgn limpah kurnia-Nya..dapat lagi kita hidup di dunia ini krn dipanjangkan umur pnjang lagi diberkati oleh Allah...inginku kongsikan sedikit cerita dan beberapa penglaman yg dapat memberi input2 yg berguna...^^


kisah ini mnceritakan tentang seorang pemuda yg mempunyai pelbagai warna-warni kehidupan dalam dirinya....kisahnya bermula dari dia berusia dalam 5/6 tahun yg ketika itu tidak mngetahui kehidupan sebenar lagi....dia mempunyai 6 adik beradik dan dia adalah ank yg ke-6 atau dikenali sebagai ank bongsu..namanya ialah Syabab...ketika itu dia seorang yg amat nakal...dalam seumur begitu muda..ayahnya sentiasa membawanya ke masjid atau di surau2 yg berdekatan supaya telinganya sentiasa mendengar ceramah2 ustaz di sana dan dapat info2 berguna..


tapi yg sebaliknya... fitrah seorang budak hingusan.....budak itu bukannya datang ke masjid utk mndengar ...tapi sibuk bermain dengan budak2 yang lain di dalam masjid sambil membuat bising tanpa menghiraukan pandangan orang di sekeliling melihatnya...dan ada yg berbunyi.."Anak siapa la 2"...selepas solat isyak...ayah budak tersebut mngetahui bahawa yang membuat bising adalah anaknya iaitu Syabab...

lalu ayahnya tanpa menghiraukan jemaah masjid di sekeliling lalu memulas telinga anknya sampai merah dan menasihatnya dgn tegas

"Syabab bising lagi..ayah pulas telinga lagi..faham"

...Syabab hanya mengangguk sambil mngesat air matanya yg tidak henti mngalir...dan berjanji tidak akan mengulangi lagi...


5 tahun kemudian...

Syabab sudah berumur 11 tahun(darjah 5) dan bersekolah di SK Kampung Telaga...dia masih seorang yg nakal tapi tidak senakal dulu..kerana "pengalaman itu"mngajarnya mnjadi seorang yg lebih baik..Syabab terkenang kepada Abg dan kakak2nya yang duduk di sekolah agama dan berasrama penuh selepas mnduduki peperiksaan UPSR...dia ingin mnjadi seperti mereka..

Dan hari UPSR itu tiba....

...dia cuba berusaha sedaya-upaya utk mndapat kejayaan...dan selepas mndapat result ...dari seorang cikgu kesayangannya..."Tahniah Syabab"di dalam dewan...ku melihat hasilnya iaitu.."1A 4b"..mula2 ku mnyesal tapi selepas mngingati semula pesanan ayah..

"Kita dah cuba berusaha bersungguh-sungguh dan kita perlu tawakal dan redha dgn hasilnya"...

selepas mendengar bicara seorang ayah yang memahami akan kemampuan anaknya itu lalu ku bersyukur kerana Allah kurniakan ku ayah yg penyayang lagi memahami


Di Alam Remaja...

Syabab tidak bernasib baik seperti abang dan kakak2nya yg duduk di asrama penuh.. kerana di dalam fikirannya ketika itu ialah...

" Nanti apa kata kawan aku,orang sekitar,jiran2 aku dan kawan2 ayah n ibu aku selepas tahu aku hanya sekolah harian biasa? dan bukan sekolah Berasrama penuh.." kata Syabab..

Selepas memilih bersekolah di mana dia memilih bersekolah di sekolah harian biasa yg berdekatan dgn rumahnya.Mula2 mmang terasa kerdil kerana merasai suasana baru,kawan2 baru dan tempat baru....Syabab bermonolog dalam hatinya..

"dulu aq mnjadi "abg" di sekolah rendah..sekarang mnjadi "adik" semula di sekolah mnengah..".

Di situ la dia cuba cuba biasakan diri di tempat baru dan cuba mncari sahabat baru..tiba2 datang seorang yang entah dari pelusuk planet mana mmanggilnya dari arah belakang..Syabab menoleh dan......

sambungan...Bab 2..^^

Thursday, August 25, 2011

Dia Tetap SAHABATKU...

Salam....lame dok update blog ni...


Sebenarnya dah lama nk luahkan yg sebenarnya di sini mmang merinduimu sebgai kawan...mmang lah lame dh tak jmpe....yg lain rindu gak...SAHABAT?mmang semua orang mempunyai ramai sahabat...bab kate org.."kawan biar seribu...teman biar satu"...apa sebab kawan biar seribu?kerana dgn kawan lah boleh mncorakkan akhlak kita.....Kita boleh berkawan dgn sesiapa sahaja....kawan merokok?kawan ganster?kawan jahat?kawan ponteng?...semua kita boleh kawan....tapi..........perangai diorang jgn ditiru....itu lah salah satu Cara Islam Mengajar Berkawan dgn org lain dgn menerima sesiapa sahaja....tanpa menilik siapa yg die ingin berkawan.....kalau dalam Bidang kauseling atau di sekolah(Pengawas Rakan Sebaya)..ia dipanggil istilah...MENERIMA TANPA SYARAT.....Dalam hadis juga ada mnyebut.“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

maksudnya disini...kita boleh berkawan dgn sesiapa sahaja...tapi bnyak2 kawan yg kita kawan....kita boleh fikir siapa SAHABAT kita yg boleh dijadikan kwan yg sebenanya...bnyak2 kawan...kita msti ada kawan kadang2 membuatkan kita rasa sakit hati,kecik hati dan makan hati...kita kalau berkawan mmang ada pergaduhan suatu ari nnti.....itu lah Islam mngajar kita...."BERSEDERHANALAH KAMU DALAM BERKAWAN"...kerana apa...."Adakala kawan yg kamu sayangi itu akan mnjadi musuh kamu suatu ari nnti dan adakalanya kawan yg kamu bnci itu akan mnjadi sahabat kamu suatu ari nnti"...

dalam soal kawan yg selalu sakitkan hati kita,mnyusahkan kita,kecik hati dan sebagainya...Mmang fitrah manusia jikalau kita trase disakiti..kita akan rasa bnci,marah kepada kawan tersebut...tapi ingat lah pesanan ku sahabat...."Kita bukan berkawan dgn MALAIKAT"...^^.Sebab itu lah sebgai manusia kita mmang kadang2 membuat kesilapan,kesalahan mnyebabkan kita rase sakit hati.Itu lah kadang2..atau saya sndiri kalau disakiti,difitnah atau dipulau..mmang trase sedihnya hati..tapi tidak mngeluarkan air mata di sisi..tapi keluar airmata di hati...Allah saja YG MENGETAHUI....

Sahabat....pertemuan dan perpisahan Allah yg tentukan....semoga ku bertemu dgn kamu semula wahai Sahabat....kata2 terakhirku kpd mu....ingatlah Sahabat sebenar adalah ...SAHABAT ketika SUSAH dan SENANG...http://www.youtube.com/watch?v=WDLfhYyDW7Y....hadiah buat mu....:)

Friday, April 15, 2011

Kem kepimpinan...(n_n)

Assalamuaalaikum....sahabat...


Pada 14-15 April 2011,aq dipilih utk menyertai satu kem anjuran Kelab bimbingan dan kauseling...aq sebgai pegerusi Pengawas Rakan Sebaya(PRS) dan S/U(PRS) menyertai kem yg dinamakan Kem Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi yg dibuat di Hotel iaitu Sumai Suite Hotel
yg terletak berhampiran dgn Primula Hotel...daftar kem pada pukul 10.00 pagi(Khamis)..sampai di sana aq dan kawan2 diminta masuk ke dalam dewan.Dalam kul 2.00p.m-4.30 pm ade ceramh Slot 1 yg disampaikan oleh cg syamsuddin(pernah jadi kauselor akt smkkgb)...bnyak inpuk2 yg berguna diberi kpd kami utk mnjadi pemimpin yg berjaya....yg paling aq teruja apabila Cg syamsuddin berkata sebagai seorang pemimpin kita harus sentiasa "FOKUS" dgn semua perkara krn apabila kita boleh mnguasai ciri ini...kita akan boleh tgk hasilnya....itulah "KUASA MINDA"...

sebelum ceramah slot 1 tu....kami harus mncari nme group yg harus mempunyai 5 huruf sahaja....group kami yg mempunyai 9 ahli(4 lelaki dan 4 perempuan) memilih name group "EMOSI"...dan cg kate kene beritahu bkpe pilih nme 2...huhu....aq sbg wakil group EMOSI royak la...(dok yoh royak sini ah)..hehe....ok kite sambung la pulok..lps hbis ceramah Slot 1 aq n the geng g wak aktiviti pantai....wak nape?...ade aktivti wak istana pasir..XD..(bnyi mcm budok2 ok)..bukan wak istana pasir biasa..kene wak bntuk monumen2 bersejarah..group aq kene wak monumen "Eiffel Tower"...haha..jadi k?..jadi 2 jadi..kadang bukan Eiffel Tower la...jadi bentuk "sotong kurita" terus cg royak...(=.=)..takpe2..betul kot?haha.....lps hbis aktivti 2...balik..mayang mghrib...mlm 2 kami ade ceramah di msjid kat ladang(dok ingat strang nme msjid..XD)...lps mayang isyak jemaah kat sejid....dlm kul 9.00 hingga 11.30 ade ceramah slot 2 pulok.....first time jadi pengerusi mlm 2...huhu...(debor ah skit)...alhamdulillah...walaupom ade masalah skit...program berjalan dgn lncar....

dalam kul 11.30 lebih gitu...(ni msti ingat g maasuk tidur ok)...doh tidur g...ade aktiviti mlm lok kat pntai...11.30mlm?duk pantai?giler?haha...jgn mikir pelik...ade aktiviti "KEMBARA MALAM"..hehe(suara jahad)..tutup mate mcm biasa..ade org eret awok ni...jln2...mmang ye "eret" ah....sapa dgn aq terhantuk pale kat tiang(sebaik gerok dok laju..kalau dok...)BURGER BENJOL SE!!!haha...aktiviti tersebut ingin memberitahu bahawa kita sebgai mkhluk Allah patut bersyukur dgn pemberian yg amat berharga iaitu.."MATA"..selain 2...aktiviti ni juga(pendapat aq ni)..mengajar kita harus berkerjasama di dalam sepasukan dan apabila kita ingin membuat sesuatu kita harus sentiasa peka...itu sahaja pendapat saye...

lps abis program 2...G TIDUR LA!!!hehe....12.30 mlm doh...

Esok pagi(jumaat)..bgun awal dalam kul 6.00...mndi,mayang dan bersiap utk berjogging..kul 7.00 pagi....lps 2 g mkn...lps 2 pulok..g siap2.....kesimpulannya...Balik mereka....k rumah masing3..(skill dok ingat eh)..haha....ok..situ jer jer la...orait..thank for read my stories..(n_n)

salam....~

Wednesday, February 9, 2011

RATU SYAHADAH...

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Tuesday, February 1, 2011

Pedang atau Lidah yg paling tajam?..

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:
Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Wednesday, January 26, 2011

kawan2ku...


ni la kawanku.sahabatku..di dunia dan di akhirat..insyallah kita bertemu sebergini rupa...

MAAFKANKU WAHAI SUAMI


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!

Saturday, January 1, 2011

Adik, Burger dan Abang..~...(n_n)

salam....anyeong.....

korang suke makan burger??? opcozlah kan..hehe... kali nie nak citer sal burger plak....lorrr burger pon de citer ka??? hahaha....de lah jugak....yg tersurat dan tersirat.... keh3x.....jom LAYAN entry eden kali nie......zzzzzaaassss............

# # # # # # # # # # # # # # # # #

Seorang ayah menjemput anak kecilnya yg berumur 7 tahun dari sekolah.... apabila melihat kereta ayah...si kecil melompat girang sambil memikul beg sekolah yg lebih besar dari dirinya....cepat2 dia melangkah masuk ke kereta...ayah senyum melihat gelagat anak bongsunya.... kereta bergerak laju pulang ke rumah... dalam perjalanan ayah melihat anaknya senyum memanjang membuatkan ayah kehairanan.

sampai di rumah, dengan excitednya..amir bergegas masuk kerumah....dengan beg masih bergalas dicarinya abang di dalam bilik dan kawasan rumah... tiada...

"mana abang nie...."
bisik hati kecilnya
"abang.....abang...." jerit amir...
mak terdengar suara si kecil tersebut lalu mendapatkannya.

"amir cari siapa????"soal mak.
"Abang maner mak???"
soalan mak dijawab dengan soalan dari si kecil balik.
"Eh...kan abang x de....abang kan gi kem....."
jawab mak
Amir terdiam..wajahnya terus berubah.Ada reaksi ingin menangis terpamer pada wajahnya.

"Amir nak bagi bende kat abang..."
ujarnya sayu. Mak cuba mengubah topic.
"Mari mak simpan beg amir"
ujar mak sambil ingin mencapai beg sekolah si kecil tersebut. Namun begitu dengan serta-merta ditarik oleh amir dan dipeluknya.
"eh...kenapa..bagilah mak simpan beg tu.."
ujar mak lembut.
Amir diam tanpa menjawab sambil memeluk erat beg sekolahnya.


Lama dia mendiamkan diri... apabila di ajak makan pun dia idak mahu. Akhirnya mak bertanya lagi
"Kenapa duk peluk beg tu..ada apa dalam tu...bagi mak tengok.."
ujar mak
Dengan perlahan amir mengeluarkan sebungkus burger dan dipegangnya erat.

"Amir nak bagi kat abang....Amir sayang abang...amir nak jumpa Abang..."
air mata mula mengalir...sebak hati seorang ibu melihat kerinduan anaknya itu.

1 jam...2 jam...berlalu..senja makin hampir...ayah sudah siap membersihkan diri keluar dari bilik... ayah terperasan yang anak bongsunya tiada di dalam rumah....
"eh..mane pulak budak nie..."bebel ayah...
"mak....amir maner...?" tanya ayah...
"eh x tahulah...cuba tengok kat luar.."jawab mak..

ayah nampak pintu rumah terbuka..ayah menghampiri pintu dan di buka...
tersentuh dan sayu hati ayah melihat anaknya.... Amir yg masih bergalas beg duduk di tangga rumah. yang membuat ayah makin pilu di tangan amir masih ada 2 biji burger petang tadi... amir hampir terlelap....ayah cepat2 memanggil mak untuk melihat keadaan anak bongsu mereka itu. Mak turut terharu lalu menegur si kecil tersebut.

"Amir watpe....nape x naik atas umah..." pertanyaan mak membuatkan si kecil tersentak lalu berpaling....
"Abang nie g maner mak x balik lagi....amir nak makan burger dengan abang nie.."sudah ada kelainan pada nada si kecil itu...agaknya sedih kerana agak lama menunggu abangnya.
"Laa...amir tak ingat ker...kan abang gi kem lama...3 hari baru abang balik.."
jawab mak tenang menahan sayu supaya si kecil tidak sedih...

Namun jawapan itu tidak dapat menahan si kecil dari mengalirkan air mata... Amir serta merta menangis....agaknya terkilan dan sedih kerana niat untuk melihat abang gembira dengan burger yang dibeli nya dan niat untuk makan bersama abang tersayang hilang begitu sahaja.

"Amir nak bagi burger kat abang...Amir nak makan burger dengan abang mak....." ujar si kecil dalam esakan tangisnya.
"Ayah...jomlah gi kat abang....amir nak bagi burger kat abang..."Ayah dan Mak terharu dengan kasih sayang seorang adik kepada abangnya yang dipamerkan oleh anak bongsunya itu.. rasa berbangga dengan ikatan kuat yg terjalin diantara dua beradik itu.
"Ayah nak pergi macammana..abang p kem jauh...."ujar ayah...jawapan ayah dibalas dengan tangisan si kecil tersebut.


3 hari berlalu...akhirnya kem berakhir, abang pulang ke rumah.
Wajah Amir brubah ceria apabila dapat melihat wajah abang kesayangannya itu. Ayah menceritakan segala-galanya kepada si abang. Abang terpinga-pinga.

"Nah abang,amir beli burger kat abang..."ujar Amir ceria bercampur perasaan puas ati dapat memberi burger tersebut kepada abang kesayangnya.

Terkejut mak dan ayah kerana burger tersebut masih disimpan si kecil untuk abang kesayangannya
Si abang tersipu-sipu malu mengabil burger tersebut sambil di perhatikan oleh ayah mereka. Plastik dibuka, menitis airmata seorang abang kerana burger tersebut telah basi kerana masih disimpan oleh adiknya....huhu...kami nangis kot dengar kisah nie...hehe...